RESOLUSI DIALOG MAHASISWA `2011 UTHM

Gambar : Ehsan Kelab Sahabat 1 Malaysia
Perwakilan daripada MPP, Kelab Sahabat 1 Malaysia, Biro Kebudayaan Mahasiswa Sabah/Sarawak, India & Cina, dan mahasiswa/i.

RESOLUSI DIALOG MAHASISWA 2011
KALI PERTAMA, 15 JANUARI 2011
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)


PERKARA : ASPIRASI PERPADUAN UNIVERSITI DALAM MENCAPAI GAGASAN 1 MALAYSIA



Para mahasiswa UTHM sebulat suara bersetuju dan bersepakat menggesa resolusi-resolusi ini untuk dipandang serius oleh pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan pihal universiti. Perwakilan  menggesa supaya :

1.      Mencadangkan dipertimbangkan mahasiswa minoriti seperti daripada kaum India diberikan tempat sebagai senator sekiranya keputusan pilihanraya kampus tiada perwakilan kaum India yang menang .

2.      Mencadangkan agar pihak universiti melewatkan pendaftaran mahasiswa diploma daripada Sabah/Sarawak  kerana mahasiswa Sabah/Sarawak berpendapat tidak sesuai tarikh pendaftaran akan datang  kerana  pada tarikh tersebut sedang menyambut perayaan Hari Gawai.

Jawapan dari pihak MPP: Menghubungi pihak PPA atau HEP bertujuan memberitahu pihak berkenaan pelajar berkenaan berdaftar lewat kerana menyambut perayaan. Permohonan minta pelepasan lewat mendaftar.

3.      Menyarankan agar menyediakan jadual pergerakan bas UTHM yang sistematik pada waktu  pagi, tengahari dan petang bagi mengelakkan para pelajar lewat ke kelas. Diharap tindakan di ambil dengan segera.

Jawapan dari pihak MPP : Ketika ini kontrak bas yang sedang berkhidmat dalam tempoh percubaan dan akan tamat pada Mei 2011. Pihak MPP akan mengusulkan kepada HEP agar menyediakan jadual bas sementara sementara menunggu jadual tetap selama tempoh percubaan.


4.      Masalah peruntukkan setiap biro kebudayaan  sangat sedikit iaitu peruntukan kepada Sekretariat Perpaduan terpaksa di bahagikan kepada tiga biro dan mengharapkan agar pihak MPP dapat memberikan jalan penyelesaian.

Jawapan pihak MPP:  Mensarankan mencari penaja, menjalankan kerjasama program dengan kelab seperti Kelab Sahabat 1 Malaysia UTHM ataupun MPP sendiri.

5.      Menaiktaraf kemudahan riadah, terutama gelanggang keranjang yang tidak sempurna keadaannya berbanding gelanggang-gelanggang sukan yang lain.

Jawapan dari MPP: Akan di usulkan untuk perhatian universiti.

6.       Restoran 168 di G3, mengapa tidak dibuka.Isu kontrak tidak diperbaharui oleh pihak universiti.

Jawapan pihak MPP: Tidak memperbaharui kontrak kerana restoran tersebut tidak mempunyai sijil halal. Jika beliau mendapakan sijil halal, pihak HEP akan memperbaharui kontrak restoran tersebut.

7.       Mencadangkan MPP mengadakan satu kursus kepimpinan iaitu berkenaan pengurusan organisasi bagi setiap kaum sebagai satu garis panduan kepada biro-biro kebudayaan.

Jawapan dari pihak MPP : Cadangan ini akan diusulkan kepada Pejabat HEP  di mana wakil-wakil biro akan dimasukkan ke dalam Seminar  Pengurusan Organisasi  bersama-sama kelab lain.

8.      Masalah parking di Perwira, Pelajar baru tidak dibenarkan membawa kenderaan masuk. Ini mendatangkan masalah kerana keselamatan  kenderaan dalam keadaan bahaya apabila diletakkan di luar.

Jawapan dari MPP : Pelajar baru tidak dibenarkan membawa kenderaan, tindakan ini mengambil masa untuk menjalankan banyak perbincangan dengan pengetua kolej kediaman bagi mencari jalan penyelesaian terbaik. Bagi yang pernah kena saman, di minta untuk berjumpa pengetua bagi pembatalan atau pengurangan bayaran saman.

9.      Masalah mahasiswa berurusan dengan HEP terutama bagi pelajar-pelajar biasa  , kesukaran untuk menguruskan progam kerana Pejabat HEP sering memberi alasan seperti mesin fax rosak. Selain itu, Terlalu lambat terutama apabila menunggu kelulusan kertas kerja. Keputusan kelulusan kertas kerja pelajar tidak diberitahu kepada pelajar dan pelajar tiada mendapat apa-apa maklumat dari pihak HEP. Masalah pertindihan kelulusan kertas kerja apabila membabitkan program membabitkan dua PTJ contohnya tiada kesepakatan kedua-dua pihak PTJ seperti PKSK dan HEP. Apabila kelewatan kelulusan program maka sering bas tiada sehingga pihak pelajar terpaksa mengunakan wang sendiri untuk membiayai segala kos.

Jawapan dari MPP: Masalah birokrasi turut melanda MPP, jika berurusan bermasalah dengan membuat aduan kepada MPP dengan mencatatkan nama pegawai yang bertugas, tarikh, masa dan sikap.Pastikan kertas kerja yang dipohon oleh pelajar mengikut pekeliling kerana akan memberi masalah ketika kelulusan oleh pihak HEP. Dicadangkan tempat khas untuk faks, fotostat. Alternatif lain, pergi ke pihak kaunseling untuk faks.

10.   Perayaan Thaipusam adalah pada 20hb, walaubagaimanapun HEP hanya dapat pastikan status kelulusan bas pada  18hb. Masalah kepada pihak pelajar kerana tarikh yang terlalu dekat dengan perayaan akan memberi implikasi kepada pergerakan program

Jawapan MPP:  Pihak MPP akan berusaha mendapatkan jawapan berkenaan masalah ini. Makluman masalah pengangkutan membabitkan proram-program kerana kerana bilangan bas yang tidak banyak tetapi tempahan banyak daripada aktiviti pelajar.

11.   Cadangan kepada subjek  PSM para pelajar. Mencadangkan makmal di buka pada hujung minggu kerana terdapat para pelajar yang jadualnya amat penuh pada waktu biasa.

Jawapan MPP: Akan analisa terlebih dahulu cadangan ini dan akan dibentangkan di dalam perjumpaan dengan TNC Akademik dalam masa terdekat.

12.   Mencadangkan menambahkan lampu isyarat di perimpangan keluar Kolej Kediaman Perwira dan Melewar demi keselamatan mahasiswa..
                                                                                                    
Jawapan MPP: Perlu berbincang dengan ADUN, JKK Ketua kampung untuk penambahbaikan. YDP telah membawa kes ini ketengah untuk perhatian Menteri KPT, diluluskan oleh kabinet  baru-baru ini dimana  penambahan bilangan kolej kediaman dalam kampus demi keselamatan para pelajar. Ini termasuk dalam RMK-10. Ketika ini, kolej kediaman di dalam proses pembinaan.

13.  Mencadangkan memberi keutamaan kepada pelajar sabah dan sarawak dalam permohonan kolej kediaman.

     Jawapan MPP: Para pelajar perlu aktif dan keputusan yang baik. Jika para pelajar yang aktif  tidak dapat penempatan boleh memohon bantuan MPP .



Sekian.


Yang benar,



Setiausaha,
Program Majlis Dialog Mahasiswa 2011
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Posted by Media Kampus UTHM on 6:58 PM. Filed under , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for RESOLUSI DIALOG MAHASISWA `2011 UTHM

Leave comment

Media Kampus@Facebook

Isu Perwira

Selamat Tahun Baru Cina

VIDEO PILIHAN

2010 BlogNews Magazine. All Rights Reserved. - Designed by SimplexDesign